Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Skuad Prihatin Ziarah Mangsa Ribut di Perlis

81 views
SHARE

Skuad Prihatin Ziarah Mangsa Ribut di Perlis

Arau, Perlis : Pada 17 Januari 2019 yang lalu, sekali lagi negeri Perlis dilanda ribut dan angin kencang sehingga mengakibatkan banyak rumah yang terjejas dan musnah. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) selaku sebuah badan kebajikan di bawah Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) telah mengambil inisiatif yang pantas turun padang membuat ziarah yang pertama pada 18 Januari 2019 pada hari yang berikutnya. Dalam ziarah tersebut, Ustazah Wan Hasrina selaku Ketua Penerangan serta Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) hadir menyampaikan sumbangan bagi mewakili LKK DMPM kepada mangsa ribut, yang juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa (AJK) Dewan Muslimat PAS Negeri (DMPN) Perlis di Bukit Keteri.

Sehubungan dengan itu, dikhabarkan bahawa pada hari kejadian telah berlaku satu kemalangan motosikal yang melanggar sebatang pokok yang tumbang akibat ditiup angin kencang. Mangsa tersebut ialah Mohd Shahrizal, 36 tahun bersama anaknya, Nur Khazreena Syamimi yang juga merupakan salah seorang pelajar PASTI Al-Khairiah Arau. Encik Mohd Shahrizal dilaporkan meninggal dunia pada hari kejadian manakala anaknya Nur Khazreena Syamimi, anak bongsu dari 3 orang adik beradik itu cedera di beberapa bahagian anggota badan akibat bergesel di atas jalan bertar.

Justeru itu, sekali lagi LKK DMPM telah membuat ziarah untuk kali yang kedua di rumah adik Nur Khazreena Syamimi bt Mohd Shahrizal, pada 22 Januari 2019 baru-baru ini. Dalam ziarah kedua tersebut, sedikit sumbangan telah disampaikan kepada adik Nur Khazreena dan ibunya, 36 tahun yang bekerja di Shorubber Malaysia. Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, YB Ustaz Ridzuan Hashim, Ustazah Latifah Mat selaku Ketua Muslimat DMPN Perlis dan Puan Noor Fatimah Arifin selaku Ketua LKK DMP Kawasan Arau.