Oleh : Suzie Lisah
28 Disember 2018.
SEMPORNA : Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Semporna telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Bomba dan Penyelamat Cawangan Semporna dekat sini semalam.
Rombongan JAM Kawasan Semporna diketuai oleh Timbalan Ketua JAM Kawasan Semporna, Tuan Shahril Shazwan dan diiringi oleh beberapa orang anggota lain.
Turut hadir bersama dalam kunjungan tersebut Ketua Pemuda PAS Kawasan Semporna, Umar Khalid serta Pegawai Tadbir JAM Negeri Sabah, Tuan Muhd Aizal Samsaruddin
Kehadiran mereka disambut mesra oleh Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Semporna, Tuan Fazizul Hizam Borhan serta beberapa orang pegawai lain.
Menurut Shahril, kunjungan tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan serta penghormatan di atas komitmen dan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh anggota bomba selama ini.
Selain itu, katanya kunjungan tersebut juga diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara Jabatan Amal Malaysia dan pihak bomba.
Disamping itu, Fazizul turut melahirkan perasaan teruja atas kunjungan yang tidak pernah diterima daripada anggota JAM Kawasan Semporna kali ini.
Beliau turut menawarkan diri memberi bantuan kepada JAM Kawasan Semporna dari segi memberikan panduan kawalan kebakaran dan menyelamat serta pelbagai program kerjasama yang dapat dilaksanakan bersama-sama masyarakat.