Home Ketua Penerangan PAS Pusat

GANDINGAN PARTI ISLAM – MELAYU MESTI DIPERKUKUH.

495 views
SHARE


Sekali Serban Dililit. 103
19 Rabiul Akhir 1440/ 27 Disember 2018

GANDINGAN PARTI ISLAM – MELAYU MESTI DIPERKUKUH.

Oleh : Nasrudin bin Hassan
https://m.facebook.com/serbandililit


1. Mendepani cabaran semasa yang menyaksikan tekanan dan ancaman kepada kepentingan Islam dan ummatnya di Malaysia, memerlukan wujudnya satu blok baru yang kuat dan mantap di arena politik tanahair dewasa ini.

2. Blok baru yang saya maksudkan ialah blok yang dianggotai oleh Parti Politik Islam dan orang Islam.

3. Satu blok yang mengembeling kebangkitan Islam dan ummatnya serta menyelaras kesatuan tindakan mereka kearah memelihara kepentingan Islam dan mereka yang bersamanya termasuk dari kalangan non muslim.

4. Keangkuhan DAP dan PH mutaakhir ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Melainkan blok baru yang kuat perlu direalisasikan bagi mewarnai corak baru landskap politik tanahair yang lebih selamat dan harmoni.

5. Boleh dimulakan melalui gandingan atau kerjasama strategik parti pembangkang yang besar seperti UMNO, PAS dan lain-lain parti politik yang mahu menyertainya dengan objektif yang serupa dan sama.

6. Tidak semestinya dua parti ini perlu bergabung menjadi satu, tetapi boleh menjalin kerjasama politik demi mengaplikasi sebuah kebaikan dan melunaskan prinsip taqwa dalam kehidupan secara individu, bermasyarakat mahupun bernegara.

7. Lantas parti-parti tersebut boleh membentuk satu gerakan terancang agar perjuangan dapat dilaraskan dengan betul, strategik, berkesan dan berwibawa.

8. Saya percaya pihak DAP dan PH akan sedaya upaya “menghasut” rakyat agar menolak gandingan ini terutama melibatkan PAS dan UMNO.

9. Selain cybertrooper yang akan digunakan secara all out, mereka juga akan menggunakan media konvensional termasuk media elektronik bagi membentuk persepsi buruk terhadap kerjasama politik PAS dan UMNO.

10. Realitinya, DAP dan PH sangat takut jika ummat Islam bersatu padu, mengelak sengketa dan bebaskan diri dari terkepung dalam pra sangka antara satu sama lain juga tidak terperangkap dalam dendam kesumat sesama ummat Islam.

11. Awasi gerakan pecah perintah yang dilakukan oleh mereka terutama bagi mengagalkan kebangkitan ummat Islam serta bersatu menghalang tindakan jua cita-cita DAP dan PH yang pastinya tidak menguntungkan Islam dan ummatnya.

Ummat Islam Mesti Bersatu

Sekian.