Cukai atas pegangan saham dengan nisbah 2.5% yang PAS cadangkan adalah berasaskan model zakat pegangan saham dalam Islam.
Zakat pegangan saham ni sekarang pun telah diamalkan di semua negeri di Malaysia cuma ia tidak menjadi undang-undang yang wajib dikenakan.
Bergantung kepada kesedaran iman masing-masing untuk membayar zakat pegangan saham.
Zakat atau cukai itu adalah hak orang miskin dalam pemilikan harta orang kaya yang memiliki saham. Apabila ia tidak diambil dan tak dikenakan kepada orang kaya maka ia satu kezalimam terhadap hak fakir miskin.
Orang Islam yang ingin komen kononnya cadangan PAS ini merapu kena berhati-hati kerana mereka sebenarnya mengkritik hukum zakat Islam.
https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/zakat-saham/
Dr Khairuddin Takiri