Home Berita PAS Terengganu

Nabi Tak Tunai Janji?

3285
SHARE

Menuduh Nabi saw tak tunai janji? Tidakkah itu tuduhan khianat terhadap baginda saw? Kalau tak mampu tunai janji janganlah melalut membabitkan Rasulullah saw.

Tidak benar dan sangat tersasar berhujah dengan peristiwa umrah dan perjanjian Hudaibiyah zaman Nabi saw untuk mewajarkan langgar janji manifesto.

Umrah sahabat adalah perancangan oleh Nabi saw setelah baginda bermimpi masuk ke masjid haram. Mimpi para Nabi adalah wahyu. Tahallul Umrah (keluar daripada Ihram) kerana tidak dapat memasuki Makkah rentetan perjanjian Hudaibiyah adalah perintah Allah dan Rasul.

Janji bahawa mereka pasti memasuki Masjid Haram adalah janji Allah buat umat Islam di Madinah khususnya para Muhajirin. Ia terlaksana 2 tahun selepas perjanjian Hudaibiyah apabila berlakunya pembukaan kota Mekah.

Janji Allah pasti benar. Janji Pakatan Harapan janji palsu yang tidak ditunaikan dengan pelbagai dalih dan alasan. Kena betulkan semula hujahan batil ini melibatkan nama dan sifat mulia Rasulullah saw iaitu menunaikan janji. Betulkan segera kesilapan.

Dr Khairuddin Takiri