Home Berita PAS Negeri Sembilan

PAS DUN Kota Meneruskan Program Dekati Masyarakat

860
SHARE

Pada 25 Januari 2018, Pengarah PAS DUN Kota, Tuan Haji Ishak Omar bersama Timbalan Pengarah DUN Kota, Saudara Idris Zakaria, AJK PAS Kawasan Rembau, Puan Azamah Awang dan beberapa orang petugas PAS DUN Kota telah mengunjungi beberapa buah keluarga sekitar DUN Kota, Rembau.

Seramai 10 keluarga telah didekati dan diberikan sumbangan daripada PAS DUN Kota untuk keperluan harian mereka.

Program ziarah masyarakat ini merupakan aktiviti rutin yang dianjurkan PAS DUN Kota sejak beberapa tahun lalu, bagi membantu meringankan beban dan berkongsi kesusahan bersama mereka.