Home Berita PAS Kelantan

Bina badan patuh syariah diintai negeri lain

5580
SHARE

KOTA BHARU: Cabaran Mr Awang Selamat bakal dipertingkat dari segi penganjuran dan hadiah memandangkan sambutan peserta sangat menggalakkan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, lebih 70 peserta dari Terengganu, Selangor, Perak, Johor dan Kedah menyertai program itu yang mempertandingkan empat kategori.

“Lebih bermakna dan bangga apabila saya dimaklumkan sudah ada negeri yang mula mengambil konsep menutup aurat dalam sukan bina badan ini.

“Ia membuktikan Islam bukan penghalang untuk mencipta kejayaan dalam bidang sukan dan kita berharap penganjuran ini dapat dipertingkatkan untuk masa akan datang,” katanya ketika merasmikan penutup Mr Awang Selamat 2018 di di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) semalam.

Program itu dianjur Urusetia Belia dan Sukan dengan kerjasama Pertubuhan Awang Selamat Kelantan (Pasak) dan MPKB-BRI. – HARAKAHDAILY 15/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8409-bina-badan-patuh-syariah-diintai-negeri-lain