Home Berita PAS Perak

Pertandingan Memancing Alternative Fishing Club (AFC) Malaysia.

1698
SHARE


AFC Malaysia telah memilih negeri Perak dibawah DACS Perak dalam penganjuran Pertandingan Memancing Alternative Fishing Club (AFC) Malaysia di Kolam Wak Nan, Ipoh Perak.

Program yang anjurkan berlangsung pada hari ahad, bersesuaian dengan waktu hujung minggu itu penyertaan melebihi 150 pemancing dari seluruh negeri perak termasuk pasangan dari Cameron Highland juga turut hadir.

Acara yang bermula dari jam 8 pagi itu bermula dengan Ucapan aluan dari Ustaz Hafiz Sabri Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak yang mana beliau amat teruja dengan kehadiran serta sambutan daripada ‘kaki pancing’ yang rata-rata hadir lebih awal bagi mendapatkan ‘port’ atau posisi untuk memancing.

Walau pun cuaca agak panas menjelang pukul 10 pagi itu kelihatan para peserta tidak berganjak dari posisi masing, kata salah seorang dari peserta pertandingan “cuaca panas bukan penghalang bagi kaki pancing untuk terus menanti umpan ditarik”

Pelbagai jenis umpan yang digunakan dan masing-masing mempunyai ‘resepi’ tersendiri dalam memikat ikan menelan mata kail mereka antaranya Roti ,Maggie, Pelet Dedak , dan pelbagai lagi.

Antara menarik perhatian adalah baju yang dipakai para pemancing yang terpapar pelbagai logo dan acara-acara pertandingan memancing juga antara yang hadir secara berkumpulan dengan nama GST (Geng Seret Tong ,Kelab Kaki Pancing Perak ,Kelab Kolam Aank Perak , Yop Bota Fishing Club dan pelbagai lagi.

Program seumpama ini dapat membuka ruang serta peluang orang awam untuk mengenali AFC dan PAS secara tidak langsung memberitahu masyarakat bahawa PAS bukan sekadar menumpukan pada politik sahaja malah pelbagai lagi aktiviti didalam PAS yang boleh umum sertai.

Kehadiran perasmi,Tn Hj Ir Khairil Nizam,TKP Pas Malaysia bersama Sdr Fadzli Abu Bakar,Exco DPPM menceriakan lagi suasana program.

“Kita berharap agar acara ini akan dijadikan sebagai program tahunan AFC Malaysia” kata Pengarah DACS Perak Saudara Abdul Hady.

Acara memancing dihentikan pada jam 1 petang dengan keputusan seorang remaja belasan tahun berjaya mendaratkan ikan patin seberat 15kg+ sekaligus melayakkan beliau membawa pulang hadiah utama berbentuk wang tunai RM 2500.00.

Turut hadir wakil DPPN Perak,Ust Hafez Sabri,TKP DPPN dan Ust Zahid Abu Bakar,NKP DPPN bersama-sama santuni pemancing.

Pertandingan ini ditaja oleh Al Ghina White Coffee,DACS Malaysia,DACS Selangor,Sriti Perak,Dewan Pemuda Pas Malaysia,Dewan Pemuda Pas Perak,ARC Perak,Unit Amal Perak,Dacs Terengganu,Lajnah Kebajikan Pas Perak,Ameerah Tambun,Dewan Pemuda Pas Zon Ipoh Bandaraya.