Home Berita PAS Perak

Salam Maal Hijrah 1440H | ARC Malaysia

1188
SHARE

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ.
بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ.

Sempena tahun baru hijrah ini, kami dengan penuh rendah diri mengucapkan “Salam Maal Hijrah 1440H” atau “Awal Muharam” 1440H / 2018|2019 Masihi kepada seluruh umat Islam seluruh dunia dan Malaysia khususnya.

Dengan tema Maal Hijrah “Menyantuni Ummat Membawa Berkat”, ianya membawa erti penuh bermakna kepada kami dengan moto ARC “Riadhah, Ukhuwwah,Dakwah”. Sinonim dengan gerak tayar jentera kami yang amat menekankan semangat persaudaraan dan sentiasa mempunyai nilai² moral yg baik yang berlandaskan syariat Islam kepada siapa sahaja yg kami temui. Semoga dengan tema sempena tahun baru Hijrah ini, menambah amal dan diberkati Allah akan gerak kerja kita semua.
.
Semoga kita semua berhijrah ke arah kebaikan, penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dan Nabi junjungan kita Rasulullah S.A.W. Juga kecintaan kita kepada Allah SWT Dan Rasulullah SAW agar dapat di perkukuhkan. Tranformasi juga perlu pada kehidupan kita dimana cabaran dimasa ini amat hebat dengan fitnah-fitnah dan gerakan-gerakan untuk menghancurkan Islam begitu rakus. Dengan iltizam perubahan yang diredhai Allah sempena Maal Hijrah ini, segala amalan dan ketakwaan kita kepadaNya mendapat ganjaran pahala dan keberkatan.
.
Sama-samalah kita berdoa dan bekerja bagi memartabatkan Islam dibumi bertuah ini. Semoga segala amalan dan gerak kerja kita diredhai Allah SWT.
Kami juga berdoa agar kita semua dilindungi oleh Allah SWT.
.
Salam kemaafan jika ada tersalah & tersilap kata disepanjang ukhuwwah dan perkenalan kita semua.
.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَللهِ الْحَمْدُ
.
WAN AHMAD RIDZUAN WAN HUSSIN
(Presiden ARC Malaysia)⁩

#Riadhah_Ukhuwwah_Dakwah
#WeRide4Charity