Kes perbicaraan Ustaz Adib bersambung lagi pada 7 September 2018 di Mahkamah Majistret
Salam Ukhuwwah…
Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(PENDIDIK) menyeru agar warga pendidik yang prihatin, semua NGO pendidikan,ustaz dan ustazah serta ibu bapa juga kesatuan PIBG dapat hadir beramai -ramai memberikan sokongan moral bagi menyaksikan kes perbicaraan Ustaz Mohd Adib Bin Abd.Halim yang akan berlangsung di Mahkamah Majistret Kajang,Selangor Darul Ehsan pada:
➡7 September 2018(Jumaat)
▶️3 petang.
NGO PENDIDIK akan turut hadir memberikan sokongan moral dan bersolidariti serta hadir menyaksikan perbicaraan ini nanti .
Atas segala keprihatinan ,hanya Allah SWT jua yang dapat membalasnya di dunia dan di Akhirat.
Terima kasih .
Hebahkan seluasnya.
“Bangkit Pendidik Memimpin Perubahan”
Salam hormat:
Normala Binti Sudirman
Pengerusi
Lajnah Pendidikan Badan Perhubungan Negeri Johor.