KENYATAAN BIADAB SHAREENA SHERIFF MENGATAKAN ISLAM ADALAH ‘PENYAKIT’ MERUPAKAN PENGHINAAN TERHADAP AGAMA RASMI PERSEKUTUAN .
: LAJNAH PENDIDIKAN BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI JOHOR.
Tarikh: 6 September 2018/24 Zulhijjah 1439H.
1.Lajnah Pendidikan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor ,menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh aktivis Sisters in Islam (SIS), Shareena Sheriff tentang Islam yang dikatakan sebagai endemik merupakan kenyataan
biadap dan naif terhadap agama Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan.
2. Pandangan yang mengatakan Islam sebagai satu ‘penyakit’ yang merebak dalam pentadbiran, perundangan dan badan eksekutif negara adalah tidak beradab dan merupakan penghinaan serta biadap terhadap Islam.
3. Shareena dalam suatu forum bertajuk ‘Malaysia Baru: 61 Tahun Selepas Merdeka, Adakah Etnik dan Agama Masih Penting?’ semalam telah berkata bahawa Islam telah menjadi satu endemik yang memberi kesan kepada hampir semua aspek pentadbiran, perundangan dan badan eksekutif negara.
4.” Endemik adalah satu istilah bagi penyakit. Dalam kamus Dewan Bahasa Pustaka(DBP)sendiri , endemik bermaksud “penyakit yang sentiasa terdapat pada orang atau daerah tertentu,” merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat.
5.Dakwaan Shareena , keadaan itu menyebabkan usaha untuk memisahkan Islam daripada fungsi kerajaan sekarang ataupun dalam masa terdekat sukar untuk dilakukan dan ini adalah satu kenyataan naif dan tidak beradab serta kurang ajar.
6. Kami sangat kecewa dah kesal dengan kenyataan ini dan seolah -olah membuktikan golongan mereka semakin berani dan menunjukkan wajah perjuangan puak sekular dan liberal sudah tidak dapat disembunyikan lagi dan sangat berani di khalayak ramai.
7.Agenda untuk menyusup masuk membawa fahaman liberal dan pluralisme ini sebenarnya adalah suatu agenda untuk menghalalkan segala perancangan yang terlalu mengikut hawa nafsu atas nama agama Islam sedangkan inilah Islam adalah agama yang sesuai sepanjang zaman hingga hari Kiamat dan diredhai oleh ALLAH SWT.
8.Fahaman “Islam moden, Islam liberal atau Islam moderate adalah usaha untuk menghakis jatidiri Ummat Islam dan suatu usaha untuk mencairkan identiti umat Islam secara halus tanpa disedari dan tanpa perlu menjadi murtad.
Golongan ini sentiasa berusaha ingin menjadikan Islam ini seolahn-olah agama tanpa akidah dan syariat serta cuba mendominasi fahaman ini dalam minda masyarakat.
9 .Golongan ini semakin bermaharejalela dan cuba berlagak dengan keangkuhan kuasanya apabila seolah-olah diberi tempat yang cukup selesa dalam perjuangan mereka apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, sendiri merasmikan program ini .
10.Suatu persoalan yang menimbulkan kemusykilan adalah pogram ini merupakan anjuran Gabungan Bertindak Malaysia. Pengerusi GBM adalah Zaid Kamaruddin, pimpinan IKRAM. Justeru , PENDIDIK ingin menggesa Zaid Kamaruddin memberi penjelasan tentang program yang berlangsung ini.
11.Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor memberi amaran kepada Shareena agar jangan bersikap biadap mengeluarkan kenyataan kerana ini akan membakar amarah rakyat dan tidak mustahil ummat Islam bangkit menzahirkan protes dan berhimpun tanda unjuk rasa kebencian terhadap kenyataan yang mencemar kesucian Ummat Islam .
Beliau didesak agar memohon maaf atas kebiadapannya mengeluarkan kenyataan .
Salam hormat:
NORMALA BINTI SUDIRMAN
1.Pengerusi Lajnah Pendidikan Badan Perhubungan Negeri Johor.
2. Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.