Home Kenyataan Media Presiden PAS

Perutusan Hari Kebangsaan

1326
SHARE

PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN

Saya mengharapkan Ulangtahun Kemerdekaan ini, kita melakukan muhasabah dan perhitungan supaya kita mengisi kemerdekaan ini dengan cara yang sebenarnya, supaya kita mendapat kemerdekaan dengan erti yang sebenar, bukannya kemerdekaan yang kosong.

Dengan pengaruh penjajah yang masih ada, tidak ada maknanya, walaupun penjajah sudah balik ke negerinya tetapi pengaruhnya, undang-undang, budaya dan sistem yang negatif masih kita amalkan.

Perlembagaan Negara sudah mengalami beberapa pindaan kerana tidak sesuai dengan masa. Sepatutnya Perlembagaan mesti dipinda mengikut kesesuaian masa, termasuklah mendaulatkan Islam itu sendiri dan memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa ilmu yang mesti diperjuangkan.

Kita perlu mengisi kemerdekaan ini supaya betul-betul merdeka, bukan pada nama sahaja. Termasuklah di antaranya ialah kita memperkasa dan mendaulatkan Islam itu sendiri menjadi agama yang memerintah bukan diperintah, bukan mengikut sistem yang diwarisi zaman penjajah.

Yang positif kita ambil, dan yang negatif kita kena buang, bukan bermakna kita menjadi suatu bangsa yang jumud atau tertutup. Kita menerima kebaikan daripada semua. Jangan kita kekalkan negatif yang diwarisi di zaman penjajah. Ini mesti kita buangkan. Kita melihat kepada maslahat dalam hal ini. Oleh kerana itu, kita sambut kemerdekaan ini dengan penuh semangat dan melakukan muhasabah untuk memperkasakan kemerdekaan supaya kita mendapat kemerdekaan yang sebenarnya.

Selamat Hari Merdeka.

“Sayangi Malaysiaku”

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS