Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS Pulau Pinang | MGP Nibong Tebal Anjur Jelajah Nurul Quran

1190
SHARE

Oleh : LEA BAIDURI

NIBONG TEBAL / 20 Januari 2018 / Ahad

Majlis Guru Pasti (MGP) Kawasan Nibong Tebal telah mengadakan Bengkel Nurul Quran peringkat zon selatan yang menggabungkan tiga kawasan iaitu Nibong Tebal, Bukit Mertajam dan Batu Kawan berlangsung di Dewan seminar Masjid Rizduan Parit Buntar semalam.

Program bertujuan untuk memantapkan ilmu Al Quran dan menyuntik semangat baru agar lebih bersedia dan cemerlang disamping memberi kefahaman kepada guru-guru bagi menyampaikan ilmu asas Al Quran kepada pelajar-pelajar PASTI agar lebih berkesan.

Memandangkan guru PASTI seluruh Pulau Pinang telah meningkat sehingga 300 lebih tenaga pengajar, MGP Negeri Pulau Pinang mengambil inisiatif mengadakan kursus ini mengikut peringkat zon.

Selain teknik pengenalan asas Al Quran cara mudah, guru-guru juga dapat berkongsi ilmu menghasilkan alat bantu mengajar mengikut kreativiti peserta berkumpul.

Ketua MGP Pulau Pinang, Mariayati Ibrahim turut hadir bagi menjayakan bengkel sehari yang bermula jam 9 pagi dan berakhir 4.30 petang itu melahirkan harapan agar guru-guru dapat melaksanakan tugas dengan penuh amanah, ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Sijil penyertaan telah disampaikan oleh Mohamad Nizam Nasir, Pengerusi Pasti Nibong Tebal disampaikan merasmikan bengkel tersebut.