Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Pindaan Akta Pekerja 1955 Solusi Terbaik Jaga Maruah Agama

1655
SHARE

 

Pindaan Akta Pekerja 1955 Solusi Terbaik Jaga Maruah Agama

Dewan Muslimat PAS Malaysia menyokong penuh tindakan kerajaan yang menggesa Akta Kerja 1955 dipinda. Pindaan tersebut sangat wajar ekoran isu diskriminasi di tempat kerja yang semakin melampau.

Pindaan tersebut sekaligus merupakan jalan terbaik bagi menangani masalah yang dihadapi tahun lalu melibatkan isu larangan pemakaian tudung bagi pekerja wanita sektor perhotelan. Justeru, kami melihat tindakan ini sangat wajar supaya pekerja Melayu tidak lagi ditindas di negara sendiri.

Namun begitu, kami mencadangkan supaya kerajaan turut melihat pindaan ini secara keseluruhan aspek, bukan sahaja isu pemakaian tudung malah lain-lain isu yang timbul melibatkan disriminasi kerja. Selain itu, tindakan serius juga perlu dikenakan bagi mereka yang masih melanggar akta yang telah ditetapkan.

Besar harapan kami agar pindaan ini mampu menjaga maruah orang Melayu di negara sendiri. Bahkan, yang paling penting lagi adalah maruah agama Islam itu sendiri. Semoga segala pekerjaan harian kita dalam mencari rezeki yang halal mendapat keberkatan oleh Allah S.W.T sebagaiman firman Alaah S.W.T yang bermaksud:-

“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah: 168)

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia

3 Jamadil Awal 1439H
20 Januari 2018