Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah | Liqa Fikri PAS Setiawangsa Bersama Ir Hj Mukhtar Suhaili Meriah

1289
SHARE

SETIAWANGSA, 12 Januari – PAS Setiawangsa telah menganjurkan program Liqa Fikri dalam usaha menghayati dengan lebih mendalam Budaya Politik Matang Dan Sejahtera(BPMS) di Surau Al – Ansar, Taman Seri Rampai pada jam 9.30 malam tadi.

Majlis tersebut yang diadakan dengan kerjasama PAS Cawangan Taman Seri Rampai telah berjaya mengumpulkan sekitar 50 pendokong dan penyokong PAS khususnya PAS Wilayah Perseketuan, turut disertai YDP PAS Setiawanga, Hj Abd Halim Hassan, TYDP PAS Setiawangsa, Sdr Kamisan Suja’, NYDP PAS Setiawangsa, Hj Idris Yaacob, Pimpanan PAS Cawangan Setiawangsa dan Dewan – Dewan Pimpinan PAS Setiawangsa.

Pada Majlis tersebut, Ir Hj Mukhtar Suhaili yang merupakan AJK PAS PUSAT dan setiausaha Badan Perhubungan PAS Sarawak menyampaikan ceramah bertajuk ‘Pembawaan Budaya Politik Matang & Sejahtera Oleh PAS Dalam Arus Politik Semasa’.

Menurut Ir Hj Mukhtar Suhaili yang juga Bendahari Dewan Pemuda PAS PUSAT , pelaksanaan budaya politik BPMS amat bersesuaian dan tepat kerana ianya berdasar sunnah Nabi dan hasilnya telah meluaskan ruang dakwah Islam PAS dan seterusnya meningkat sokongan masyarakat kepada PAS.

“ Dengan Budaya BPMS , Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abd Hadi dapat berucap pada Multaqa’ Alumni Universiti Al Azhar yang jumlah ahlinya ratusan ribu bersama PM Dato’ Seri Mohd Najib Abd Razak secara langsung tentang penyelesaian Islam ” Tambah beliau.

Majlis ini juga meriah dengan sesi soal jawab dari para serta dan diakhiri dengan menu menarik dihidangkan seperti Gulai Kambing , Kuih-Muih yang dapat merapatkankan ukhuwwah dikalangan ahli jemaah pendokong dan penyokong PAS semasa menjamu selera.

-Jabatan Penerangan PAS Setiawangsa-