Home Berita PAS Perak

Kehilangan Permata BPPN Perak : Almarhum Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Bin Abd Aziz.

2583
SHARE

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه وَأَكْرِمْ نُزُلَه وَوَسِعْ مَدْخَلَه وَاغْسِلْه بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّه مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِه، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِه وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِه، وَأَدْخِلْه الْجَنَّةَ
وَأَعِذْه مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

اجعله مع الصالحين واجعل قبره روضة من رياض الجنة ولا تجعل قبره حفرة من حفر النار

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Ketua Penerangan PAS Negeri Perak , Almarhum Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Bin Abdul Aziz.

Mantan calon PAS DUN Alor Pongsu(N10) pada PRU14 telah meninggal dunia pada jam 4.00 petang hari Isnin 9 Julai 2018 bersamaan 25 Syawal 1439H di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh. Punca kematian difahamkan komplikasi penyakit jantung, paru-paru serta kencing manis

Pada PRU14, DUN Alor Pongsu kekal menjadi milik BN melalui penyandangnya, Datuk Sham Mat Sahat menerusi pertembungan tiga penjuru.

Kita terasa kehilangan yang sangat besar diatas pemergiaan Allahyarham yang sangat kenali ramai dengan semangat dalam mendidik serta berdakwah di seluruh negeri Perak.

Beliau juga seorang yang aktif dengan kerja -kerja kebajikan di luar negera seperti di Kemboja menjadi Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha yang juga menjalankan aktiviti tajaan untuk musim hari raya korban.

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman, diterima segala amalan baiknya dan diberikan keampunan oleh Allah SWT.

Ya Allah rahmatilah guru dan sahabat seperjuangan kami ini, Ya Allah kami menjadi saksi atas segala pengorbanan beliau untuk menegakkan agamaMU

Marilah sama-sama kita menghadiahkan
Al- Fatihah buat allahyarham.

الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ ۞
آمِّيْن…

“Sejahtera Bersama Islam”

PESURUHJAYA PAS NEGERI PERAK
YB Haji Razman Haji Zakaria
ADUN Gunong Semanggol
9 Julai 2018
25 Syawal 1439H