Paduan Tenaga Berbakti Hargai Aktivis Parti
LUMUT : Jabatan Amal dan Gen 3 Lumut berpadu tenaga bersama membersihkan Pusat Khidmat dan rumah aktivis PAS Kawasan Lumut.
Mereka turut mendapat kerjasama daripada AJK PAS Kawasan serta penduduk setempat.
Usaha kemasyarakatan yang dilakukan sebagai persediaan ke arah pilihanraya dan sambutan bulan Ramadan Al-Mubarak. Pembersihan itu bermula pada sebelah pagi dengan proses membersihkan Pusat Khidmat PAS, Pasir Panjang kemudian melibatkan susun atur melalui sentuhan transformasi agar suasana kerja lebih produktif.
Gotong-royong diteruskan pada sebelah petang di rumah seorang aktivis PAS yang terlantar sakit. Beliau pernah bergiat aktif dalam gerak kerja PAS telah dibantu agar dapat meringankan bebannya sekeluarga.Semoga usaha murni yang dilakukan menguatkan lagi semangat berpasukan dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.
{jathumbnail off}