Oleh: Ju Abdul Rahman
Penaga, 1 Julai 2018: Lebih 5,000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pulau Pinang yang diadakan di Padang Pasir Gebu Penaga Kepala Batas hari ini.
Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhrudin Syeikh Fakhrurazi.
Para tetamu diraikan pimpinan PAS Pulau Pinang diketui Pesuruhjaya, Ustaz Muhammad Fauzi Yusof dan Pengarah Pilihan Raya, Bukhori Ghazali serta Adun Penaga, YB Ustaz Mohd Yusni Mat Piah.
Juga menyantuni hadirin adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang, Ustazah Hasanah Idrus dan saf kepimpinan Dewan-dewan PAS Negeri serta PAS Kawasan.
Turut memeriahkan majlis adalah rakan Gagasan Sejahtera antaranta dari PCM Dato Dr Huan Cheng Guan serta Penghulu Tinggi Pejabat Daerah, NGO Inspirasi Muallaf dan Pertubuhan Seni Silat Gayung Pusaka Malaysia Bagan.
Memetik ucapan ADUN Penaga YB Ustaz Yusni Mat Piah. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir terutama pengundi-pengundi DUN penaga yang telah memberi kepercayaan kepada PAS dan akan memastikan kebajikan rakyat khususnya DUN Penaga terjaga.
Kehadiran orang ramai sangat menggalakkan dan dianggarkan mencecah lebih 5000 orang.
Berbagai juadah disediakan seperti nasi berlauk, ketupat, sate, mee , bihun sup, ais kacang, cucur udang, cendol dan beraneka jenis kuih muih.
Majlis Rumah Terbuka PAS Pulau Pinang menganjurkan solat Zohor berjemaah di tapak program bagi memudahkan jemputan menunaikan solat.
Selain daripada itu terdapat beberapa kaunter seperti kaunter keahlian PAS, Skim PAS, SMART PAS, SPR, DACS, ARC, juga kaunter Yayasan Amal bagi menyediakan perkhidmatan kepada pengunjung yang hadir.
Majlis diserikan lagi dengan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Sumbangan telah disempurnakan oleh barisan kepimpinan PAS Negeri dan Dun Penaga.
Majlis berakhir pada jam 5.00 petang.