Oleh: Muhammad Hadi
ARAU : Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Guar Sanji telah diadakan pada 24 Jun 2018, bertempat di Markas PAS Semut Gatal, Arau, Perlis.
Bermula dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang, pihak penganjur telah menerima kehadiran tetamu yang tidak putus-putus dengan kehadiran dianggarkan melebihi 600 orang.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hj. Hashim bin Jasin, Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, YB Mohd. Shukri bin Ramli dan ADUN Guar Sanji, YB Mohd. Ridzuan bin Hashim adalah antara tetamu jemputan yang hadir dalam majlis berkenaan.
Turut hadir ke majlis berkenaan, bekas ADUN Guar Sanji Jafperi Othman yang pernah menyandang jawatan berkenaan selama tiga penggal.
Pelbagai jenis juadah disediakan, antaranya nasi gulai daging, laksa, ketupat dan aneka masakan bergoreng.
Majlis turut diserikan dengan acara pemberian ‘duit raya’ kepada kanak-kanak oleh YB Mohd. Ridzuan bin Hashim.