Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tadabbur Ramadan 19/1439 : Perbuatan Liwat dan Akibatnya

1069
SHARE

??Tadabbur Ramadhan??
Siri 19/1439H

Surah An Naml (27): Ayat 54-59: Perbuatan Liwat & Akibatnya

? Firman Allah serta terjemahannya:

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ وَأَنْتُمْ تُبْصِرُونَ ٥٤

Dan (ingatlah kisah) Lut, ketika dia berkata kepada kaumnya, “Mengapa kalian mengerjakan perbuatan fahisyah itu, sedangkan kalian melihatnya?”

أَئِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ ٥٥

Mengapa kalian mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu (kalian), bukan (mendatangi) wanita? Sebenarnya kalian adalah kaum yang tidak mengetahui (akibat-akibat perbuatan kalian).”

فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلا أَنْ قَالُوا أَخْرِجُوا آلَ لُوطٍ مِنْ قَرْيَتِكُمْ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ ٥٦

Maka tidak lain jawapan kaumnya melainkan mengatakan, “Usirlah Luth beserta keluarganya dari negeri kalian; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang (mendakwakan dirinya) bersih.”

فَأَنْجَيْنَاهُ وَأَهْلَهُ إِلا امْرَأَتَهُ قَدَّرْنَاهَا مِنَ الْغَابِرِينَ ٥٧

Maka kami selamatkan dia beserta keluarganya, kecuali isterinya. Kami telah mentakdirkan dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan).

وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ مَطَرًا فَسَاءَ مَطَرُ الْمُنْذَرِينَ ٥٨

Dan kami turunkan hujan atas mereka (hujan batu), maka amat buruklah hujan yang ditimpakan atas orang-orang yang diberi peringatan itu.

قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسَلامٌ عَلَى عِبَادِهِ الَّذِينَ اصْطَفَى آللَّهُ خَيْرٌ أَمْ مَا يُشْرِكُونَ ٥٩

Katakanlah, “Segala puji bagi Allah dan kesejahteraan atas hamba-hambaNya yang dipilihNya. Apakah Allah yang lebih baik, ataukah apa yang mereka persekutukan dengan Dia?”

? Tafsir ringkas:

1. Allah menceritakan tentang RasulNya iaitu nabi Luth AS, dalam bentuk dailog dengan kaumnya berkisar tentang kemungkaran perlakuan seks sejenis. Seterusnya baginda memberikan peringatan kepada mereka akan azab Allah yang akan menimpa mereka disebabkan perbuatan yang keji tersebut.

2. Perbuatan itu belum pernah dilakukan oleh manusia sebelumnya. Ia merupakan perbuatan keji yang sangat berat dan mereka tidak mengetahui akibat perbuatan itu secara tabie ataupun hukum syarak.

3. Akibat peringatan tersebut Nabi Luth dan pengikutnya diusir oleh kaumnya dari kampungnya sendiri sambil disindir sebagai manusia yang berlagak suci dan tidak layak untuk tinggal di situ bersama mereka.

4. Akibatnya Allah turunkan azab berupa hujan batu dari tanah yang dibakar menimpa mereka bertubi-tubi termasuk isteri Nabi Luth turut dibinasakan bersama kaumnya kerana mendukung dan menyokong perbuatan buruk itu.

5. Allah memerintahkan RasulNya mengucapkan alhamdulillah atas ni’mat-ni’matNya yang tak terhitung banyaknya dan mendoakan kesejahteraan kepada orang-orang yang beriman.

6. Pertanyaan dalam ayat terakhir mengandungi makna protes terhadap orang-orang musyrik kerana mereka menyembah selain Allah.

? Pengajaran:

1. Jauhi hubungan seks sesama jenis kerana ia adalah perlakuan yang sangat keji dan haram hukumnya. Seperti juga berzina, ia tergolong dalam dosa-dosa besar kerana melanggar syara’ dan di luar tabie manusia.

2. Golongan yang mengamalkan liwat, homoseksual, musahaqah (lesbian) dan seumpamanya telah lama wujud. Sekarang ini golongan ini dikenali dengan istilah LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender).

3. Pemimpin atau penguasa wajib memastikan gejala LGBT ini tidak berleluasa dalam masyarakat.

4. Umat Islam perlu peka dengan isu yang semakin ketara mutakhir ini apabila timbul suara-suara golongan liberal yang memperjuangkan hak LGBT ini atas nama KEBEBASAN individu. Padahal ikut logik akal manusia pun perbuatan ini adalah salah.

5. Berwaspadalah dengan slogan-slogan seks bebas dan janganlah kita termasuk dalam golongan yang menyokong LGBT ini atau mengangkat pemimpin yang menyokong atau meredai agenda golongan ini.

6. Sentiasalah memuji Allah dengan menyebut ” Alhamdulillah ” serta sebarkan salam dan suara kesejahteraan sebagai tanda syukur di atas segala ni’mat Allah. Mudah-mudahan amalan terpuji ini boleh memelihara kita daripada bala/musibah. Terlindung dari musibah juga adalah salah satu ni’matNya.

?Rujukan:
Tafsir Ibn Kathir

Disusun oleh:
Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Dakwah DMPK Gombak.
19 Ramadhan 1439 / 4 Jun 2018