BATU, 31 Mei – Program Gelombang Hijau Ramadhan Siri 1 telah berjaya dilaksanakan di LRT Sentul Timur oleh Pemuda PAS Batu baru – baru ini. Program itu diketuai oleh Ketua Pemuda kawasan tersebut iaitu Ustaz Mohd Norhan Hamsi.
Program bersiri ini bertujuan untuk menyebarluaskan kempen Ramadhan ‘Ayuh Bersederhana’ bagi mendidik masyarakat agar mengelakkan pembaziran khususnya pada bulan Ramadhan ini.
Risalah kempen tersebut telah diedarkan kepada sekurang-kurangnya 500 orang pengguna LRT Sentul Timur di mana mereka turut menerima bubur lambuk istimewa daripada pihak penganjur.
Siri Gelombang Hijau Ramadhan yang pertama ini telah berakhir dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat.