Home Artikel PAS Pulau Pinang

Pasca PRU-14: AMEERAH Nibong Tebal Giat Tingkatkan Program Dekati Masyarakat

944
SHARE

Oleh NURAH MAISARAH

Nibong Tebal, 2 Jun, Sabtu: Ameerah Nibong Tebal dengan kerjasama Ameerah Parit Buntar telah menganjurkan “Ameerah Tadarus Day” bertenpat di Surau Taman Seri Putera dekat sini semalam.

Program yang bertujuan bagi mengimarahkan bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah telah menarik seramai lebih 100 orang penyertaan.

Dikesempatan itu juga, program dijalankan bagi memperkenalkan Ameerah kepada masyarakat terutamanya fungsi Ameerah sebagai wakil Muslimat Muda PAS.

Ustazah Nurul Azimah Jamil selaku penceramah jemputan menekankan bahawa wanita mesti menjaga aurat dan juga menjaga adab bila membaca Al-Quran.

Majlis dimulai dengan pembacaan Al-Quran mengikut kumpulaan diakhiri dengan majlis khatam Al-Quran.

Pengerusi Ameerah Nibong Tebal Ummu Hani Rijaludin berkata program akan dipertingkatkan lagi dalam usaha memberi pemahaman politik Islam kepada wanita muda sekitar Nibong Tebal.