Oleh: Nadiyah Hamid
TITIWANGSA, 27 MEI- Tiga hari berturut-turut, Ameerah Titiwangsa bergerak ketiga-tiga zon di Titiwangsa membuat edaran 900 bungkusan kurma dan risalah Ramadan.
Program ini dijalankan pada 25, 26 & 27 Mei pada jam 5 petang mengikut zon iaitu Pasti Al-Fateh, Kg Baru. Hari berikutnya di LRT Datok Keramat, Keramat dan hari terakhir di Bazaar Ramadan, Desa Pandan.
Program Edaran Kurma juga turut disertai oleh AJK PAS Kawasan Titiwangsa iaitu Hj Hoslan di Desa Pandan, Puan Rohana di Kg Baru dan Pn Na Rosnani Di Keramat.
Pasca PRU 14 tidak melemahkan Ameerah Titiwangsa untuk terus bergerak dalam lapangan masyarakat. Di samping itu, Ketua Ameerah, Nusaibah menyatakan bahawa Ameerah sentiasa mengambil peluang bersama-sama mencari keberkatan dalam Bulan Ramadan dengan menjalankan program mendekati masyarakat seperti ini.
Program yang dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat. Ameerah Titiwangsa sentiasa bersama-sama pimpinan PAS Kawasan dan berharap golongan wanita muda turut serta bersama Ameerah dalam menggalas amanah menyampaikan risalah Islam di Titiwangsa dan di mana sahaja mereka berada.