Home Artikel PAS Wilayah

Semarak Kasih Ramadhan Gembirakan Asnaf Batu

84 views
SHARE

BATU, 29 Mei – Program Semarak Kasih Ramadhan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (LKK DMPWP) diteruskan lagi di sekitar Zon 3 Batu, semalam.

Program ziarah sambil menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf tersebut bermula di Flat Sri Kelantan dan berakhir di Flat Sentul Utama.

Turut sama dalam menyampaikan sumbangan adalah Naib Yang DiPertua PAS Batu, Haji Abu Bakar Abdul Rahman, Ketua Muslimat PAS Batu, Puan Hajah Salbiah Abdul Wahab, Pengerusi LKK DMPWP, Pn Zurina Din, Ketua Zon 3, Encik Shukhiri Kamis dan Ketua Cawangan Flat Sri Kelantan, Hj Hashim beserta ahli – ahli PAS cawangan tersebut.

Para penerima sumbangan menyatakan rasa gembira dengan kunjungan dan pemberian dari pihak program di samping mendoakan kejayaan PAS Batu.

Di kesempatan ini juga, penganjur Semarak Kasih Ramadhan mengucapkan penghargaan kepada semua yang telah menyumbangkan wang, barang – barang dan tenaga untuk menjayakan program ini dan mendoakan agar Allah SWT memberikan ganjaran atas setiap sumbangan mereka.