KENYATAAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERLIS
ISU MB: HORMATI KEPUTUSAN DYMM TUANKU RAJA PERLIS
1. PAS membidas keangkuhan Dato’ Seri Shahidan Kassim yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perlis, yang mengambil sikap membelakangi keputusan DYMM Tuanku Raja Perlis dalam isu lantikan Menteri Besar Perlis.
2. Sikap sebegini membuktikan bahawa beliau tidak menghormati institusi diraja dan DYMM Tuanku Raja Perlis.
3. Justeru, dalam mencari penyelesaian yang tepat dan adil kepada kemelut yang berlaku, PAS Perlis berharap semua pihak supaya tidak melatah atau bersikap terburu-buru dan beri kepercayaan kepada DYMM Tuanku Raja Perlis
4. PAS sentiasa menghormati amalan sistem beraja yang diamalkan di negara kita dan berdiri teguh bersama DYMM Tuanku Raja Perlis yang sentiasa mengutamakan rakyat dan negeri Perlis dalam keputusan baginda.
5. PAS Perlis percaya bahawa kemelut ini boleh diselesaikan dengan baik, namun, sekiranya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perlis tetap dengan keputusannya, maka PAS Perlis bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN).
Yang Bertanggungjawab
YB MOHD. SHUKRI BIN RAMLI
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis
ADUN Sanglang
25 Mei 2018 / 9 Ramadhan 1439H