Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Belia merupakan golongan yang menjadi tunggak kepada negara. Merekalah sandaran, pewaris masa depan kepada negara.
Justeru, besarnya peranan para belia. Jangan sesekali sia-siakan usia belia ini. Manfaatkan diri demi agama, bangsa dan negara.
Persiapkan diri dengan segala keperluan rohani dan jasmani. Bentengi diri daripada ancaman musuh. Sentiasalah tolong-menolong ke arah kebaikan.
Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Hari Belia buat seluruh belia di Malaysia. Semoga para belia dapat melestarikan segala impian negara dan menjadi pewaris negara pada masa hadapan.
Terengganu Maju, Berkat Sejahtera
Sejahtera Bersama Islam
Hjh Zarani Othman,
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu