BATU, 8 Mei – Rata – rata warga kota sudah mula meninggalkan bandar Kuala Lumpur bagi memenuhi tuntutan mengundi pada PRU ke 14 ini. Dalam kesibukan itu, calon PAS bagi Parlimen Batu, Ustaz Azhar bin Yahya terus menerus menjalankan gerak kerja kempen yang masih berbaki satu hari lagi.
Bertempat di Tapak Pasar Malam Taman Dato’ Senu, Ustaz Azhar turun bagi menyampaikan risalah dan memberi penerangan.
Masyarakat setempat memberikan respon yang amat baik kepada Ustaz Azhar. “Good Luck ya!” ujar seorang pak cik berbangsa Cina.
Ustaz Azhar juga sempat berpesan kepada pengunjung yang juga penyokong PAS, “Munajat saja, kak. Itu kunci yang kita ada.” Pesanan yang ringkas, namun ianya sangat bermakna bagi seorang muslim yang bertaqwa.
Ustaz Azhar yang merupakan anak tempatan adalah tidak asing lagi di kalangan penduduk setempat. Ada di kalangan pengunjung pasar malam merupakan rakan beliau sejak dari bangku sekolah rendah lagi, rakan sekerja dan sebagainya.
Ustaz Azhar yang baru melancarkan buku terbarunya bertajuk “100 Persoalan Puasa” turut menghadiahkan buku tersebut kepada para pengunjung. Hadiah ini pastinya cukup bermakna untuk umat Islam yang bakal menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi.
Semoga kemenangan berpihak kepada PAS esok, demi Malaysia Sejahtera.