BATU, 7 Mei – Siri jelajah calon PAS bagi Parlimen Batu, Ustaz Azhar bin Yahya diteruskan lagi. Kali ini di Flat Sri Kelantan, restoran di sekitar Bandar Baru Sentul dan tapak pasar malam Taman Sri Murni. Beliau bersama jentera PAS turut mengunjungi golongan asnaf di Flat Sri Perak.
PRU yang berbaki 2 hari lagi jelas menunjukkan persaingan yang begitu sengit. Walau bagaimanapun, melihat kepada respon masyarakat setempat, PAS yakin mendapat tempat di hati pengundi.
Para pengundi Batu ternyata gembira dengan penyertaan PAS dalam PRU kali ini. “Kami akan undi PAS dan pastikan PAS menang di Batu,” ujar mereka.
Para penduduk setempat juga melahirkan rasa tidak puas hati dan membantah poster calon bebas yang menggunakan gambar Tian Chua dari Pakatan Harapan yang sudah ditolak pencalonannya. Jelas, ini amat mengelirukan para pengundi.
Diharapkan dengan adanya sokongan para pengundi Batu, PAS dapat merealisasikan agenda Gagasan Sejahtera untuk memacu negara ke arah yang lebih baik pada penggal akan datang.