Dewan Mu
Serampang Dua Mata Dalam Tawaran Pengendali Kediaman Profesional
Oleh: Nabihah Azman
PAS menawarkan kepada wanita berkerjaya menguruskan rumah tangga dengan Skim Pekerjaan ‘Pengendali Kediaman Profesional’ (PKP) dalam pengurusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak.
Menurut calon daripada PAS di Parlimen Bandar Tun Razak, Dr. Rosni Adam, selain dapat membantu wanita berkerjaya, kita juga dapat membuka peluang membuka pekerjaan baharu kepada wanita.
“Selama ini peluang ini diambil oleh pekerja asing. Kita perlukan satu skim pekerjaan yang ada yang dirancang supaya wanita tempatan boleh bekerja. Ini juga dapat menutup masalah pembantu rumah warga asing yang kerap berlaku.”
“Ibarat serampang dua mata, mengurangkan kebanjiran warga asing ke dalam negara dan seterusnya mengurangkan aliran keluar duit Malaysia ke luar negara,” ujarnya lagi ketika membentangkan 10 tawaran Wanita Sejahtera di Dewan Astana Era Mewah, Sungai Buloh semalam.