Home Berita PAS Pulau Pinang

Pakar Perunding Kualiti adalah Taruhan PAS di DUN Pinang Tunggal, Kepala Batas

2427
SHARE

                                   Oleh : Ahmad Iskandaraniy Ziaul Haq

Tuan Bukhori seorang tokoh profesional dan usahawan berjaya harapan penduduk Pinang Tunggal, Kepala Batas

Anak jati Pulau Pinang ini dikenali sebagai Bukhori Bin Hj.Ghazali. Dalam PRU 14 kali ini, beliau telah diamanahkan oleh pucuk pimpinan PAS untuk bertanding di N.03 Pinang Tunggal

Sejak mula menceburkan diri dalam arena politik dan dakwah, beliau sangat komited menggunakan kemahiran dan kepakaran yang ada untuk menyumbang kepada perjuangan Islam.

Beliau telah melanjutkan pengajian hingga ke peringkat Diploma. Berikut ialah latar belakang pendidikan beliau :

● EMC Management & Consultancy, Kulim Kedah
● City & Guild of London Institute, Kuala Lumpur.
● Institut Kemahiran MARA, Kuala Lumpur
● SM Khir Johari, Sungai Petani, Kedah.

Beliau juga sangat prihatin dengan kebajikan masyarakat tempatan dan pakar dalam bidang profesionalisma beliau iaitu kualiti.

Antara sumbangan dan kerjaya yang pernah diceburi ialah :
● Ahli Jawatankuasa Pembangunan Masjid & Hal Ehwal Kariah, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (2010-2015)
● Jurutera Syarikat Multi Nasional
● Perunding Motivasi Mengenai Kualiti
● Pengurus Syarikat DTEN Enterprise

Hampir seluruh masa dan tenaganya diinfaqkan kepada perjuangan.
Antara penglibatan beliau dalam politik :

● Ahli Jawatankuasa Jabatan Pilihanraya PAS Pusat
● Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang
● Pengarah Jabatan IT PAS Negeri Pulau Pinang
● Yang Di Pertua PAS Kawasan Kepala Batas