Home Artikel PAS Pusat

Tawaran PAS buat Komuniti OKU 2.

84 views
SHARE

DALAM kesiapsiagaan mendepani Pilihan Raya Umum PRU 14, tawaran Parti Islam Se-Malaysia PAS kepada para pengundi adalah untuk manfaat rakyat keseluruhannya termrasuklah warga Orang Kurang Upaya “OKU”.

Ia telah asaskan kepada sumber-sumber nas yang telah sedia dimaklumi. Insya Allah, tawaran PAS adalah mengambilkira apa yang telah sedia dilaksanakan dan kesediaan PAS membuat penambahbaikan sebaik diberi kepercayaan dalam kerajaan. Dalam hal-ehwal OKU, tumpuan PAS adalah membina potensi dan keupayaan OKU yang terdiri dari pelbagai katagori.

PAS sangat sedar betapa ia adalah suatu cabaran pada masa ini. Pun begitu, dengan kekuatan dari janji-janji Allah dan RasulNya, PAS yakin betapa Islam adalah penyelesaian yang benar-benar tuntas.

Keutamaan PAS dalam mendepani PRU 14 adalah memperkasa system sokongan bagi kepentingan rakyat. Dengan kata-kata lain, memperkasa system sokongan social secara keseluruhan turut akan memberi manfaat kepada pelbagai sekmen masyarakat termasuklah OKU.

Al-Quran, As-Sunnah dan ketamadun Islam telah jelas memberi penekanan betapa system sokongan sosial adalah suatu kunci utama dalam memperkasa rakyat.

Begitulah halnya dengan keberadaan OKU di tengah-tengah masyarakat yang kini diunjurkan 4.5 juta iaitu 15% dari jumlah populasi rakyat Malaysia. Pelbagai cabaran yang didepani oleh OKU pelbagai katagori pada waktu ini sangat meruntun kepada pembinaan system sokongan social yang lebih menyeluruh.

Tentunya usaha ini bukanlah mudah. Ia memerlukan suatu gandingan usaha, kesiapsiagaan kepakaran dan suatu tempoh yang bukan sekadar lima tahun.

Justeru, PAS telah merangka pelbagai perancangan termasuklah penyediaan Wawasan Induk Negara Sejahtera “WINS” dan amalan kerajaan teknokrat.

Keterbukaan PAS terserlah dengan gagasan membudayakan politik yang bersifat matang untuk kesejahteraan rakat. Maka dengan itulah manifesto PAS turut mengambilkira pelbagai badan dalam masyarakat yang terlibat langsung mahupun tidak langsung dalam hal-ehwal OKU.

Bagi mengemukakan tawarannya kepada komuniti OKU, PAS telah juga mengambilkira hal-hal berikut dalam penyediaan manifestonya:

1. Cabaran yang perlu didepani komuniti OKU pelbagai katagori yang kian hari kian kompleks dan pelbagai.

2. Tawaran yang bersifat semasa dan mengambilkira cabaran masa hadapan.

3. Tawaran yang mengambilkira apa yang telah sedia dilaksanakan oleh pihak berwajib dan mengemukakan penambahbaikan yang sedia PAS laksanakan.

4. Keberadaan pelbagai badan-badan bukan kerajaan atau NGO yang terasnya menyantuni OKU pelbagai katagori.

5. Tawaran yang mengambilkira potensi dan keupayaan diri OKU pelbagai katagori.

Lima pertimbangan di atas adalah antara pemerhatian khusus yang diambilkira dalam penyediaan manifestonya buat komuniti OKU yang pada hari ini seramai 465 ribu berdaftar di Malaysia.

Dalam usaha menyediakan manifesto terbaik untuk OKU, PAS turut mengambilkira pelbagai antiti penting dalam hal-ehwal OKU. Ia termasuklah dari agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Antara antiti-antiti tersebut termasuklah Majlis Kebangsaan OKU, Jabatan Pembangunan OKU “JPOKU” yang diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia “JKMM”, badan-badan bukan kerajaan “NGO” berkaitan OKU yang melebihi 400 dan antiti-antiti yang diistilahkan sebagai “social enterprise”.

Begitu juga dengan beberapa unit lain berkaitan OKU yang diletakkan di bawah beberapa kementerian yang berkaitan dan unit-unit tertentu dalam institusi-institusi pengajian tinggi. Justeru, kesiapsiagaan PAS menawarkan manifestonya dalam hal-ehwal OKU turut mengambilkira perlunya antiti-antiti ini diperkasa bagi memastikan pembangunan OKU yang lebih menyeluruh di Malaysia mampu direalisasikan.

Isu yang didepani oleh komuniti OKU pelbagai katagori bukanlah merupakan isu-isu baru. Bahkan ia suatu rantaian isu yang sejak dulu. Dalam hal ini, PAS sangat sedar betapa bukannya tidak ada langkah-langkah dilaksanakan bagi menangani pelbagai isu yang membabitkan OKU pelbagai katagori. Namun, kepelbagaian dan kompleksnya isu yang didepani oleh komuniti OKU ini menjadikan isu-isu tersebut bagai tiada penghujungnya. Di sinilah kami melihat kesungguhan kuasa politik itu adalah suatu kemestian.

Jika selama ini pelbagai isu itu hanya ditangani oleh para pegawai di pelbagai jabatan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan “NGO”, atau orang perseorangan, telah tiba masanya kini komuniti OKU memberi perhatian kepada badan-badan siasah untuk cakna dan peka kepada isu-isu yang ada. Bahkan pengisytiharan menteri-menteri serantau dalam Incheon Strategy 2013-2022 jelas menyebut betapa kecaknaan politik kepada keperluan komuniti OKU adalah batu loncatan kea rah penyempurnaan hak-hak OKU yang disebut dalam perundangan dan peraturan sesebuah Negara.

Bagi meneruskan usaha yang dilaksanakan, PAS menawarkan 7 langkah utama dalam mendepani pelbagai isu OKU yang saban waktu meruntun keiltizaman pemerintah. Sememangnya saya akui, ia bukanlah suatu usaha mudah. Namun, dengan janji-janji Allah sebagaimana termaktub dalam AlQuran, As-Sunnah, Ijmak dan Kias, saya penuh yakin betapa Islam ada solusi terhadap isu-isu yang ada.