Home Berita PAS Wilayah

Calon PAS Ditahan Pengundi Cina

6306
SHARE

BATU, 30 April – Calon PAS bagi P115 Kawasan Batu, Ustaz Azhar Yahya ternyata amat dikenali penduduk setempat apabila kehadiran beliau di Pasar Cina, Jalan Kangsar petang ini ditahan oleh seorang lelaki berbangsa Cina.

Sebaik sahaja Ustaz Azhar keluar dari kereta, ‘uncle’ tersebut meluru ke arah beliau sambil memuji perwatakannya dan cara politik PAS. Dia turut menyatakan hasrat untuk berjumpa Ustaz Azhar di pejabat beliau.

“‘You’ dari PAS banyak bagus, saya sangat suka cara politik PAS. Konsisten dengan prinsip. Saya akan undi PAS kasi jatuh BN di Batu ini,” janji ‘uncle’ itu penuh bersemangat.

Beberapa pengunjung dan penjual pasar tersebut turut menyapa Ustaz Azhar setelah dari jauh melihat kehadiran beliau.

Ustaz Azhar yang merupakan anak jati Sentul sentiasa dijemput untuk memberi kuliah -kuliah agama di masjid -masjid sekitar Batu.

Beliau yang juga seorang pakar kewangan Islam cukup berpengalaman menulis berpuluh buah buku berkaitan kewangan dan interaksi antara muslim dengan non-muslim.

Ternyata ketinggian ilmu dan perwatakan sopan Ustaz Azhar menjadikan susuk ini amat disenangi oleh masyarakat pelbagai bangsa di Batu.