PAS Selangor: Melangkah Setapak ke Arah Kerajaan Teknokrat
Oleh: Aishah Halim
PAS Selangor kali ini menampilkan variasi kombinasi calon yang bertanding pada PRU-14.
Kesemua calon PAS terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan pekerjaan; terdiri dari ulamak dan juga professional.
Empat orang daripada mereka adalah lepasan Ijazah Kedoktoran (PhD).
Seterusnya, daripada kesemua calon yang telah sah bertanding, enam orang merupakan jurutera, dua orang arkitek, seorang akauntan bertauliah, seorang perancang bandar dan lima orang lagi berkhidmat sebagai doktor perubatan.
Selain itu, PAS Selangor turut menghantar sembilan orang calon wanita dari pelbagai latar belakang sekaligus membuktikan Muslimat PAS mampu melangkah jauh.