Home Berita PAS Wilayah

Pentas Ameerah Cetuskan Suara Politik Anak Muda

1240
SHARE

Oleh: ATHIRAH IBRAHIM

Kg. Baru, 23 April 2018: Program – program penerangan berkenaan tawaran PAS kepada rakyat terus rancak digiatkan oleh Ameerah Titiwangsa.

Terbaru, menerusi platform Pentas Ameerah, seramai tiga orang anak muda tampil berpidato mengenai tanah rezab Melayu, GST, PTPTN serta tawaran kepada wanita.

Menurut Suhaimi Abdul Aziz, Kampung Baru merupakan sebuah perkampungan tradisi, jadi mana-mana calon yang mahu memenangi kerusi di parlimen Titiwangsa, perlu memenangi lebih dahulu hati penduduk di situ.

“Wakil rakyat patut tahu, mana yang wajar didahulukan, pembangunan pencakar langit atau membaiki infrastruktur Kampung Baru”. Ujar beliau.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Titiwangsa turut mengulas berkenaan usaha PAS pada zaman Dr. Lolo’ sebagai ahli parlimen di situ berjuang mempertahankan Kampung Baru daripada digadai kepada syarikat pemaju.

Sementara itu, Ketua Ameerah Titiwangsa, Nusaibah Ibrahim menyuarakan berkenaan tinjauannya terhadap aduan rakyat dalam siri-siri Gelombang Epal Hijau yang lalu.

“Rata-rata rakyat yang kami (Ameerah) temui terkesan dengan GST yang dikenakan pada harga barang sejak April 2015”.

“Jika BN mahu terus berkuasa, mereka perlu mansuhkn GST selain kebobrokan lain yang dibebankan kepada rakyat termaksuklah hutang PTPTN, jika tidak sebuah perubahan besar akan diputuskan rakyat pada PRU kali ini,” tegas beliau.

Di samping itu, Dr. Hasibah Kamaruddin mewakili Ameerah Wilayah Persekutuan menyatakan solusi PAS untuk membantu kaum wanita supaya lebih maju serta kesungguhan parti itu membawa agenda membina sebuah negara sejahtera.

Pentas Ameerah pada petang kelmarin turut meriah dengan jamuan Hi Tea oleh Halwa Kampung Baru serta sambutan mengujakan daripada warga penduduk di situ.

Sebagai platform wanita muda, Ameerah akan terus progresif membawa agenda PAS menerusi pelbagai wadah yang lebih dekat dengan jiwa anak muda.