PAS Akan Kekalkan Yang Baik dan Hapus Polisi Zalimi Rakyat
Oleh: Aishah Halim
Bukan semua benda yang Kerajaan sediakan akan dihapuskan sekiranya PAS memerintah, demikian jelas Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ustaz Azhar Yahya.
“Sistem-sistem yang baik ini akan terus dikekalkan jika PAS memerintah dan apa yang kurang, kita tambah, yang buruk kita baiki,” kata beliau.
Mengulas lanjut hal tersebut, beliau menyebut tentang sistem mualamat berlandaskan syariah Islam yang semakin mendapat tempat di Malaysia seperti kewujudan Bank Islam, Ar-Rahnu, Takaful dan lain-lain lagi.
Beliau menyeru agar para pengundi dapat memberikan sokongan dan undi kepada PAS pada PRU14 ini.
17 April yang lalu, PAS Kawasan Batu telah menjalankan satu ziarah rakyat ke Pasar Malam sekitar kawasan Batu yang disambut baik oleh lebih kurang 500 orang peniaga serta pengunjung yang ada.