Istikharah sebelum pilih pemimpin

    1729
    SHARE

    ISTIKHARAH SEBELUM PILIH PEMIMPIN

    BANGI, 14 April 2018 – Ketua Dewan Muslimat menyeru semua peserta yang hadir Bengkel Asas Grafik 2.0 di Bilik Latihan Pejabat Adun Bangi Seksyen 7 Bangi hari ini agar melakukan solat istikharah sebelum memilih pemimpin dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

    Beliau mengajak supaya yang hadir agar bijak membuat pilihan dengan memberi mandat pada pemimpin yang boleh membantu rakyat bukan hanya dari segi material tetapi turut cakna berkenaan spiritual mereka.

    “Dalam memilih pemimpin, pilihlah pemimpin yang boleh memberi yang terbaik untuk rakyat.Pemimpin yang boleh membantu rakyat dari segi material dan spiritual. Yang boleh memandu rakyat dengan AlQuran dan sunnah.

    “PAS membawa manifesto Malaysia Sejahtera yang menekankan penerapan modal insan kepada rakyat.

    ” Maka, tugas rakyat adalah untuk memilih pemimpin yang boleh meletakkan negara dalam keadaan selamat dan mentadbirnya dengan baik.

    “Pemimpin yang boleh menjadikan tiada lagi jurang antara kaya dan miskin serta setiap rakyat diberi peluang untuk memperkasa dan memperbaiki diri masing-masing.”

    Puan Hamsatul turut merakamkan ucapan tahniah kepada urusetia dan peserta yang hadir. Beliau mengharapkan agar ilmu yang peserta peroleh dapat dimanfaatkan untuk kepentingan ummah dan meningkatkan kehidupan keluarga.