18,179 PASANGAN MENERIMA MANFAAT AZ-ZIWAJ
Oleh : PPU Asyraf Hanif
Rakyat Kelantan berterusan menerima pelbagai manfaat dan bantuan daripada Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbir oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak tahun 1990.
Sebanyak RM18.179 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk diagihkan kepada 18,179 pasangan sejak tahun 2011 sehingga Februari 2018.
Setiap pasangan bakal pengantin telah mendapat sebanyak RM1000 dengan memohon Skim Gerbang Az-Ziwaj iaitu sumbangan kerajaan kepada mereka untuk meringankan beban melangsungkan majlis perkahwinan.
Sumbangan ini merupakan satu bukti bahawa kerajaan Negeri Kelantan sentiasa membela dan membantu rakyat Kelantan dalam menghadapi kehidupan seharian mereka.