Home Berita PAS Wilayah

Majlis Hi-Tea : PAS Wangsa Maju Dekati Penduduk

1211
SHARE

Oleh: Muhamad Nur Azmi Yusof

WANGSA MAJU – PAS Wangsa Maju terus komited menghadapi pilihanraya umum yang akan datang dengan menganjurkan Majlis Hi-Tea bersama penduduk di Blok C Kawasan 2B pada 7 April 2018.

Melihat kepada perlunya memberi pencerahan kepada penduduk sekitar, PAS Wangsa Maju mengambil inisiatif ini sebagai medan memperkenalkan kekuatan PAS di Wangsa Maju.

Majlis yang dihadiri oleh lebih 60 orang tetamu itu dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Penduduk Block C Kawasan 2B iaitu Saudara Lokman Mohamad.

Sesi soal bersama penduduk dimulakan dengan beberapa soalan yang diajukan kepada Yang DiPertua PAS Wangsa Maju, Tuan Haji Razali Tumirin.

“InsyaAllah dengan kerja kuat dan jentera yang baik, kita mampu menawan kerusi Parlimen Wangsa Maju ini dengan menampilkan bakal calon yang berkarisma dan insyaAllah nama calon akan dikeluarkan dalam masa terdekat”, ujar beliau.

Tambah beliau lagi, “PAS menyediakan 20 tawaran dalam manifesto Gagasan Sejahtera yang mana salah satunya adalah menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil. Malah ketika menggunakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kita juga melihat banyak kekurangan selain berlaku banyak ketirisan dalam hasil tanpa cukai.”

Majlis diakhiri dengan persembahan ‘busking’ dakwah oleh Saudara Kamaruzzaman Hussin (Man John) bagi memeriahkan lagi suasana pada petang itu.