Oleh PAS LABUAN
KENYATAAN: PAS Labuan mendapat maklumat bahawa Operator LLPM akan diserahkan kepada pihak luar bagi menggantikan operator sekarang.
PAS Labuan sejak dari awal lagi sudah menghidu perkara ini akan berlaku apabila Pengerusi Lembaga Pengarah Pelabuhan Labuan dilantik dari luar, iaitu Ahli Parlimen Tanjung Piai, Johor. Hasil carian PAS Labuan mendapati latarbelakang pendidikan Ahli Perliman tersebut adalah bidang perhutanan dan bukan bidang pelabuhan atau marine. Ini membuktikan satu keganjilan. Bagaimana orang yang berlatarbelakang pendidikan bidang perhutanan mengurus pelabuhan pula ? Sangat tidak sesuai dan tidak munasabah.
Maka pada ketika itu PAS Labuan membantah dengan membuat satu kenyataan akhbar terhadap perlantikan beliau namun pihak kerajaan tetap mempertahankan lantikan yang tidak munasabah ini.
Sehubungan dengan itu, bagi PAS Labuan perlantikan tersebut telah memberi isyarat bahawa kebolehan anak Labuan tidak dipandang dan tidak dihargai malah, merendahkan nilai dan kepakaran anak anak tempatan.
Makluman yang PAS Labuan terima bahawa cadangan dan kertas kerja kepada syarikat luar telah berjalan sejak dua tiga bulan lepas, dan kini lembaga pelabuhan Labuan dalam proses meneliti syarikat yang layak mengambil alih pengurusan pelabuhan Labuan.
Sekiranya keputusan Lembaga Pengarah Pelabuhan Labuan meluluskan syarikat luar untuk ambil alih pengurusan pelabuhan maka akan bermulalah satu episod meratah ekonomi Labuan yang sepatutnya menjadi urusan dan kemakmuran kepada warga Labuan sendiri. Patutkah perkara ini berlaku?
PAS Labuan juga mendapat maklumat di mana sekarang ini majoriti daripada ahli Lembaga Pengarah sudah bersetuju untuk menukar Operator LP dan dijangkakan pengambilan alih akan berlaku pada tahun ini. Kenapa terburu buru?
Manakala sekarang ini, operator LLPM sekarang masih d teruskan tetapi ‘on short term basis’.
Apa yang menjadi keraguan sekarang, PAS Labuan juga mendapat maklumat bahawa salah sebuah syarikat yang akan mengambil alih pengurusan pelabuhan Labuan adalah syarikat yang berpengkalan dari negeri asal pengerusi tersebut, apakah ini satu kebetulan atau ada agenda tertentu?
Sekiranya pengambilan alih ini dilaksanakan juga maka kepentingan warga tempatan akan terjejas disebabkan pihak berwajib membiarkan pengerusi lembaga pelabuhan Labuan ini daripada orang luar Labuan, maka implikasinya aktiviti perniagaan dan operasi pelabuhan Labuan turut diambil alih dan di manipulasi oleh orang luar.
PAS Labuan mencadangkan;
1. Jika berlaku sedikit kelemahan dalam pengurusan yang sedia ada maka perbaiki dan bagi cadangan serta ‘support’ syarikat tempatan.
2. Pengurusan yang sedia ada kena bersedia menerima perubahan demi kebaikan bersama dan meningkatkan kecekapan pengurusan, ini akan menaikan imej syarikat tempatan.
3. PAS Labuan mengingatkan agar Pihak Lembaga Pengurusan Pelabuhan jangan menggunakan platform yang ada untuk ketamakkan diri dan kroni kroni.
4. PAS Labuan menggesa Ahli Parlimen Labuan kena tegas dan pertahankan hak anak tempatan tanpa berganjak selangkah pun.
5. PAS Labuan meminta Menteri Wilayah kena buat satu pendirian dan keputusan yang muktamad untuk mempertahankan hak rakyat Labuan.
6. PAS Labuan menggesa Menteri kewangan dan badan kerajan yang berkaitan ‘come up ‘ dengan satu plan tindakan untuk melindungi dan melengkapi pengurusan syarikat rakyat Labuan supaya bertahan dan berdaya saing.
7. PAS Labuan meminta pihak SPRM menyiasat Lembaga Pengarah serta Ahli Ahli mesyuarat Labuan Port Authority untuk memastikan ketiadaan unsur unsur ‘conflict Of Interest’ dalam proses pengambilalihan ini.
Kami PAS Labuan sebenarnya telah ada penyelesaian terhadap ekonomi Labuan yang hanya dimonopoli dan berkisar dikalangan kaum atau golongan tertentu sahaja.
PAS Labuan sudah ada satu mekanisma untuk MERAKYATKAN EKONOMI LABUAN yang terkandung dalam manifesto PAS Labuan PRU 14.
Apa yang berlaku sekarang ini teramatlah menyedihkan, kita sebagai warga Labuan tidak diberi ruang menuntut atau membantah langkah sumbang ini, malah teguran dan pandangan kita hanya dipandang sepi oleh mereka yang berkuasa !
Wahai pemimpin yang diberi mandat, kamu sentiasa kami perhatikan, tunggulah…
sampai masanya tahulah siapa yang bakal kami pilih untuk menerajui Pulau ini dan seterusnya negara ini
PAS Labuan menyeru seluruh rakyat tempatan Labuan agar sedar dan bangkit untuk mengubah kerja kerja rakus golongan tamak ini dengan mengubah mereka pada PRU 14 yang bila bila masa saja lagi akan berlangsung.
#Hapuskanmonopoli
#Labuanuntukrakyatlabuan
#Janganperbodohkanrakyatlabuan
#Darirakyatuntukrakyat
#Budayapolitikmatangdansejahtera