TAIPING : Jawatankuasa Pemuda JPRD Kuala Sepetang Sook terus bergiat aktif dengan kegiatan riadah yang bermanfaat dengan mengadakan aktiviti badminton santai pada 11 Februari yang lalu bertempat di Pusat Badminton Kawasaki , Pokok Assam .
Seramai 20 orang yang berkelapangan hadir menyertai aktiviti ini di mana matlamat aktiviti ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pemuda-pemuda JPRD Kuala Sepetang dan membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental.
Program yang mendapat kerjasama daripada Lajnah Kebudayaan , Kesenian dan Sukan ( DACS ) , Dewan Pemuda Bukit Gantang itu turut disertai oleh Timbalan Pengarah JPRD Kuala Sepetang , Encik Haniz Husny , Pengarah DACS , Encik Muhammad Zamzuri Bin Muhammad Zahari serta beberapa pimpinan pemuda PAS Bukit Gantang.
Saudara Haniz yang ditemui berkata, aktiviti riadah bersama pemuda ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak disamping usaha untuk terus menguatkan jentera pilihanraya pemuda bagi DUN Kuala Sepetang.
Dalam pada itu Haniz juga menegaskan , selain mendampingi dan mengeratkan silaturahim dengan pemuda serta golongan belia JPRD Kuala Sepetang , ia juga adalah bertujuan untuk memartabatkan bidang sukan seperti badminton sebagai satu aktiviti yang menyihatkan.
Beliau juga berharap aktiviti seperti ini akan diteruskan seperti biasa pada masa akan datang bagi menggalakkan lebih ramai pemuda menyertai program ini.
“Dengan mengadakan program-program seumpana ini menunjukkan tekad dan usaha kami untuk terus mendampingi anak muda melalui aktiviti kesukanan,” kata Haniz sebelum mengakhiri perbualan.