Home Berita PAS Perak

PAS Bukit Gantang Siap Siaga Hadapi PRU 14

1295
SHARE

TAIPING , 11 Mac : PAS Kawasan Bukit Gantang komited untuk merealisasikan hasrat untuk mengekalkan kerusi yang dimenangi dan bertekad untuk memenangi ketiga-tiga Dun yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman berkata, dengan gerak kerja yang tersusun dan komitmen daripada jentera semua peringkat, insya Allah akan dapat mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU13.

“Parlimen Bukit Gantang yang dimenangi tentunya akan menjadi pembakar semangat kepada 3 Dun (Trong, Changkat Jering dan Kuala Sepetang ) untuk terus bekerja mempertahankan kerusi yang dimenangi.

Apa yang penting menurutnya, jika peranan Pas diberi tumpuan sebaik mungkin, bukan hanya menzahirkannya sebagai parti politik malah sebagai sebuah gerakan Islam, keputusan lebih positif mungkin berpihak kepada parti itu.

“Trong, Changkat Jering dan Kuala Sepetang tidak mustahil untuk kita menang jika kita dapat sampaikan dakwah (ke semua peringkat),” katanya ketika berucap di Majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Bukit Gantang Kali Ke-51, di Markaz Tarbiyyah Pas Negeri, Air Kuning pada 11 Mac yang lalu.

Sementara itu, dalam memastikan pengaruh Pas terus kukuh, pihaknya turut menekankan gerak kerja pendaftaran pemilih dilakukan secara proaktif bagi memastikan kesemua penyokong Pas yang layak mengundi menunaikan hak sebagai pengundi menjelang PRU14.

“Walaupun kita ini parti Islam, kita menekankan dari sudut demokrasi dan sistem pilihan raya yang kita sertai,” katanya.

Mesyuarat agong tahunan ini dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS Pusat , Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang , Ustaz Idris Ahmad