Home Berita PAS Selangor

Chit Chat Ameerah Serdang Di Tasik Cempaka

1290
SHARE

BANGI, 25 Mac 2018- Penjagaan kesihatan maksimum bagi kaum wanita adalah salah satu daripada tuntutan yang amat ditekankan oleh agama.

Sehubungan itu, pihak Ameerah Kawasan Serdang mengambil peluang yang ada pada hujung minggu lepas untuk menganjurkan Chit Chat Ameerah Serdang di Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi.

Sembang santai ini membincangkan penjagaan pemakanan secara konsisten dengan aktiviti fizikal yang berterusan bagi memastikan kesihatan tubuh badan golongan wanita.

Pengisian program ini telah diberikan oleh Dr Nur, salah seorang pegawai perubatan Hospital Serdang.

Dalam masa yang sama, kempen membaca anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Dewan Muslimat PAS Kawasan Serdang turut diadakan. Pelbagai genre buku dengan sudut bacaan santai, comel dan menarik telah disediakan untuk santapan minta peserta yang hadir. Anak-anak juga turut disantuni dengan aktiviti mewarna.

Rata-rata yang hadir dalam sembang santai ini melahirkan rasa gembira dan mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.