Home Kenyataan Media PAS Kedah

Generasi Berilmu Pengetahuan Mewujudkan Negeri Sejahtera

1163
SHARE

KENYATAAN PESURUHJAYA PAS KEDAH

1. PAS Kedah merakamkan sekalung tahniah kepada seluruh warga Maahad Tahfiz Sains Darul Aman(MTSD) di atas kejayaan tiga orang pelajar memperolehi 11A, 7 darinya10A, manakala 6 orang mendapat 9A, dalam keputusan SPM 2017 yang dikeluarkan baru-baru ini.

2. Kecemerlangan itu terbukti apabila MTSD berjaya mencapai Gred Purata Sekolah(GPS) 2.05 dengan peratus kelulusan mencecah 99.8 peratus.

3.PAS begitu komited mengikuti perkembangan kemajuan mahaad tersebut memandangkan sejarah penubuhannya enam tahun lalu adalah di atas kegigihan serta komitmen Kerajaan Kedah yang ditadbir oleh Al-Marhum Tan Sri Ustaz Azizan Abduk Razak bersama Pakatan Rakyat, pada penggal lalu.

4.Kesungguhan itu membuktikan kerajaan ketika itu berkomitmen tinggi membentuk modal insan rakyat Kedah ke arah melahirkan kumpulan profesional bertaqwa yang menggabungkan Al-Quran dan ilmu duniawi.

5. Kegigihan Al-Marhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak sekali lagi dibuktikan apabila Kampus Tetap Kolej Universiti Insaniah berjaya didirikan di Kuala Ketil bersama pasarana dan penambahan sehingga 40 program pengajian dan sekaligus dapat memenuhi antara syarat membolehkan ia diikhtiraf sebagai Universiti penuh(UniShams).

6. Oleh itu, PAS mendapati bahawa kronologi ketamadunan sesebuah wilayah atau negara terbina dengan ilmu serta berkemahiran tinggi untuk mencapai berstatus negeri maju maka PAS Kedah bersama Gagasan Sejahtera menjanjikan penubuhan pusat pendidikan diberi nama Darul Hadith yang menjadikan As-Sunnah sebagai teras pengajian di dalam Manifesto PRU 14 yang dilancarkan baru-baru ini.

7. Selain itu komitmen untuk memperkasakan institusi kemahiran seperti Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS) dengan memperkenalkan pelbagai program juga bertujuan melahirkan tenaga mahir dalam sektor-sektor terpilih sesuai dengan keupayaan negeri.

8. Justeru itu PAS Kedah akan terus memperkasakan institusi pendidikan memandangkan dengan lahirnya generasi berilmu dan berpengetahuan secara tidak langsung akan mewujudkan sebuah negeri yang sejahtera.

PESURUHJAYA PAS KEDAH
DR AHMAD FAKHRUDDIN FAKHRURAZI
16 Mac 2018