Kuantan, 5 Januari – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuantan (JAMKK) melancarkan kutipan dana bagi membantu mangsa banjir sekitar Kuantan hari ini.
Kejadian banjir berlaku baru-baru ini selepas hujan lebat yang bermula awal minggu ini dan bertembung dengan fenomena air sungai pasang besar yang mengakibatkan rumah-rumah yang berdekatan sungai ditenggelami air selama lebih 4 malam.
Manakala kawasan Perkampungan Sg. Isap, Sg. Soi dan Kempadang turut mengelami banjir akibat hujan lebat.
Hampir 600 buah keluarga yang melibatkan lebih 2000 orang mangsa banjir yang telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.
Sehubungan itu, JAMKK mula melancarkan kutipan dana daripada orang ramai bagi membantu mangsa banjir dan juga menghadapi pasca banjir seperti kerja-kerja mencuci dan sebagainya.
Salurkan sumbangan anda ke akaun rasmi Maybank JAMKK atas nama Dana Kebajikan Amal Kuantan – 556226411916.
Hubungi talian 013-9733823 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.