Kuantan, 4 Januari – Satu kejadian kebakaran telah berlaku di sebuah perumahan Sg. Soi petang tadi yang melibatkan sebuah rumah.
YB Ustaz Rosli, Adun Tg. Lumpur mengambil kesempatan melawat mangsa kebakaran jam 9.00 malam tadi di rumah mangsa yang telah terbakar.
Mangsa melibatkan 7 orang ahli keluarga dan semua dokumen pengenalan diri hangus terbakar, tidak sempat diselamatkan.
Selain itu, 2 buah motosikal juga hangus terbakar dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Semoga mangsa diberikan ketabahan dan kesabaran menghadapi musibah yang melanda.