Home Artikel PAS Pahang

PAS Pahang | Sedia Makanan Untuk Mangsa Banjir

85 views
SHARE

Kuantan, 4 Januari – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuantan (JAMKK) dengan kerjasama Pas Kawasan Kuantan menyediakan makanan tengahari dan petang kepada dua pusat pemindahan hari ini.

Khidmat menyediakan makanan ini diketuai sendiri oleh YB Ustaz Rosli Abd Jabbar, YDP Pas Kawasan Kuantan sebagai ketua masakan.

Proses penyediaan makanan dilakukan di dapur Ma’ahad Tahfiz Darul Fikri, Kg. Sri Damai, ma’ahad tahfiz beliau sendiri.

Lebih 400 bungkus makanan yang dapat disediakan untuk hari ini dan dibahagikan kepada pusat pemindahan mangsa banjir Kempadang dan SJK Chung Ching, Kemunting.

Sumbangan orang ramai amat dialu-alukan untuk misi bantuan banjir sekitar Kuantan sekarang ini. Salurkan sumbangan ke akaun rasmi Maybank Dana Kebajikan Amal Kuantan – 556226411916.

Hubungi talian 013-9733823 untuk maklumat lanjut.